Ayu Damit Terkejut Nama Kena ‘Petik’ Dalam Isu Anna Jobling Dan Ibu – “Apa Kena Mengena Dengan Aku Erkkkk!!”

EntertainmentLifestyle
21 Aug 2025 • 3:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Ayu Damit meluahkan rasa terkejut apabila namanya tiba-tiba disebut dalam perbincangan warganet mengenai ibu kepada pelakon popular, Anna Jobling.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, juara One in a Million itu memaparkan tangkap layar ruangan komen di sebuah laman sosial yang membincangkan wajah Anna bersama ibunya.

Apa yang mengejutkan, seorang pengguna media sosial secara tiba-tiba mengaitkan nama Ayu Damit dengan isu warna kulit orang Sabah.

image is not available

Tidak berdiam diri, Ayu pantas memberi reaksi spontan.

“Apa kena mengena gan aku erkkkk!!!!!! Adoiii Alamak tuannnn,” tulisnya.

Penyanyi Hanya Di Mercu itu ternyata hairan kerana dirinya langsung tidak ada kaitan dengan topik tersebut. Perkongsian Ayu turut mencuit perhatian ramai kerana jelas menunjukkan rasa lucu dan pelik apabila dirinya dikaitkan tanpa sebab yang jelas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-21 14:39:27

Ramai Tawar Diri Nak Jadi 'Datin', Datuk Fazley Yaakob Belum Terbuka Hati Nak Kahwin Baru - "Masih Sayang Bekas Isteri.."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved