“Cukuplah Menokok Tambah ‘Kenalan Rapat’ Tu Ya” – Ibu Anna Jobling Nafi Anak Belikan Rumah

EntertainmentLifestyle
20 Aug 2025 • 11:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anna Jobling Dan Ibunya

Kontroversi melibatkan keluarga pelakon Anna Jobling nampaknya masih belum reda. Selepas tular dakwaan kononnya Anna memberi nafkah hampir RM10 ribu sebulan kepada ibunya, kali ini timbul pula cerita bahawa Anna ada membelikan rumah untuk si ibu.

Namun, ibu Anna tampil menafikan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Story. Ibu Anna bertanya di mana rumah yang dibelikan kerana dia sendiri tidak tahu kewujudan rumah tersebut.

“Kat mana rumah yang heboh kata anak I belikan tu?”

Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan pihak yang didakwa suka mereka-reka cerita hingga menimbulkan fitnah.

image is not available

Terdahulu, seorang individu mengaku sebagai sepupu kepada Anna dengan berani menulis komen panjang di media sosial.

Dalam komen yang tersebar, individu berkenaan menegur keras tindakan ibu Anna yang didakwa rancak membuka aib anak sendiri di media sosial.

image is not available

Dakwaan itu turut menyentuh sikap ibunya yang dikatakan terlalu bergantung kepada hasil titik peluh anak.

Pssttt! Apa pun, kita doakan agar semua pihak dapat mencari jalan penyelesaian terbaik tanpa membuka aib antara keluarga sendiri di media sosial.

Kredit: Instagram Mama Jobling
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.