Azhan Rani rindu ‘Ayah Aji’, sanggup cari guni beras demi lihat wajah Jalaluddin Hassan

Entertainment
31 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Azhan Rani rindu ‘Ayah Aji’, sanggup cari guni beras demi lihat wajah Jalaluddin Hassan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azhan Rani mengakui pernah melakukan pelbagai cara semata-mata untuk melepaskan rasa rindu terhadap pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan, selepas sekian lama tidak berpeluang bekerjasama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan berkata, hubungan baik dan kekagumannya terhadap figura yang mesra disapa sebagai ‘Ayah Aji’ itu membuatkan dia sering terkenang akan pelakon berkenaan.

Malah, Azhan pernah sanggup mencari guni beras di pasar raya hanya untuk melihat wajah Jalaluddin yang suatu ketika dahulu terpampang pada produk tersebut.

“Rindunya, lama betul tak jumpa Ayah Aji ni. Dulu bila rindu-rindu dia, aku sampai cari guni beras dekat pasar raya tu semata-mata nak tengok gambar dia di situ.

“Sekarang dah tak ada lagi muka dia di situ. Kadang-kadang aku pergi tengok kerusi urut Gintell dekat bilik pameran sana untuk lepaskan rindu. Nak beli segan sebab keras juga harga dia,” katanya.

Bagaimanapun, kerinduan Azhan terhadap pelakon senior itu akhirnya terubat apabila mereka berpeluang bertemu semula di belakang pentas program Kilauan Emas Selebriti pada Sabtu.

Azhan menyifatkan Jalaluddin sebagai seorang figura yang cukup dikagumi dan disegani, selain memuji sifat rendah diri pelakon berpengalaman itu.

“Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan jumpa dia dekat belakang pentas. Masya-Allah, lamanya tak kerja sekali dengan Datuk Jalaluddin Hassan ini. Figura kesayangan Malaysia.

“Sangat lembut tutur katanya, tinggi ilmu dan pengalaman dunia akhirat tetapi sangat merendah diri. Kacak, tidak dimakan usia,” katanya.

Menurut Azhan, antara sikap Jalaluddin yang paling membuatkannya kagum ialah sifat prihatin dan rendah diri pelakon itu meskipun memiliki nama besar dalam industri.

“Bayangkan, sehebat-hebat dia sebagai pelakon senior, bila dah habis babak dengan dia, dia datang rapat dekat kau dan bisik, ‘Abang okay tak tadi tu, Azhan?’

“Kau rasa? Legenda yang tanya kau. Aku nak jawab apa!” ujarnya berseloroh.

Dalam hantaran sama, Azhan turut mendoakan agar Jalaluddin terus diberikan kesihatan yang baik serta semangat untuk terus berkarya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam program Kilauan Emas Selebriti, selain menyifatkan barisan peserta dan individu di sebalik program itu sebagai mereka yang berbakat serta pernah bekerjasama dengannya.

“’Salute’ dan respek otai,” tulisnya.

The post Azhan Rani rindu ‘Ayah Aji’, sanggup cari guni beras demi lihat wajah Jalaluddin Hassan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved