Azizulhasni Awang Menangis Lega, Misi Ke LA28 Diteruskan

31 Aug 2026 • 8:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seminggu penuh tanda tanya akhirnya terjawab buat Datuk Azizulhasni Awang apabila menerima pengesahan bahawa khidmatnya masih diperlukan untuk meneruskan misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Berita itu diterima menerusi e-mel daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara selepas beliau selesai menjalani latihan pada 31 Ogos. Lega dengan jawapan tersebut, Azizulhasni tidak dapat menahan air mata kegembiraan.

Misi LA28 Azizulhasni Awang kembali terbuka

azizulhasni awang

Menurut atlet yang lebih dikenali sebagai Jijoe itu, ketidakpastian mengenai masa depannya sepanjang minggu lalu cukup mengganggu fokus ketika menjalani latihan.

Memang sepanjang minggu ini saya tidak boleh berlatih. Bila pergi berlatih, fikiran saya kosong. (Hari ini) Saya buka e-mel dan terima e-mel daripada KBS dan MSN bahawa mereka masih memerlukan khidmat saya.

Saya tunggu sebelum saya ke Sukan Komanwel (Glasgow 2026) lagi dan Alhamdulillah, hari ini saya mendapat jawapan itu.- Luahnya.

Pengesahan itu membolehkan Azizulhasni kembali memberi tumpuan kepada usaha mengumpul mata kelayakan Olimpik menerusi acara keirin dan pecut.

Kempen tersebut akan bermula menerusi Kejohanan Trek Dunia UCI 2026 di Shanghai, China pada Oktober ini.

Terharu sokongan rakyat Malaysia

View this post on Instagram

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Dalam masa sama, The Pocket Rocketman turut meluahkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan menerusi mesej dan komen di media sosial.

Saya tidak pernah minta seorang pun untuk menyokong atau membantu saya, tetapi saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tampil menyokong saya.- Katanya.

Jika berjaya melayakkan diri ke LA28, Azizulhasni berpeluang membuat penampilan keenam di pentas Olimpik selepas sebelum ini meraih gangsa di Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020.

The post Azizulhasni Awang Menangis Lega, Misi Ke LA28 Diteruskan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved