Azizulhasni Awang perlukan sokongan positif, tekad bawa pulang pingat emas

10 Aug 2024 • 9:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang perlukan sokongan positif daripada seluruh rakyat Malaysia bagi membantunya merealisasikan hasrat negara membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini.

Berdasarkan jadual, perlumbaan saringan pusingan pertama keirin akan bermula 11.20 malam ini manakala pusingan repechages akan berlangsung pada jam 1.20 awal pagi esok.

Azizulhasni Awang yang merupakan pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 akan beraksi dalam saringan satu bersama pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, Matthew Glaetzer (Australia), Ota Kaiya (Jepun), Ryan Helal (France) dan Jair Tjon En Fa (Suriname).

image is not available

Azizulhasni Awang perlukan sokongan positif

Juara dunia keirin 2017 yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu bersedia memberikan sepenuh tenaga.

Sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 bermula lagi, atlet kelahiran Dungun, Terengganu ini memiliki keyakinan tinggi untuk melengkapkan kilauan pingat yang belum pernah digenggamnya pada temasya terbesar dunia itu iaitu pingat emas.

Selaku pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016 dan pingat perak di Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin, pelumba berusia 36 tahun itu satu-satu harapan negara untuk membawa pulang pingat emas di Paris 2024.

image is not available

Oleh itu, Azizulhasni memerlukan sokongan positif daripada orang ramai bagi membantunya merealisasikan impian tersebut.

“Saya perlukan positive vibe dari anda semua. Come on, guys!
“Berikan sokongan dan doa anda semua, tidak kira Melayu, Cina, India, Sabah Sarawak. Berikan sokongan, bersama-sama kita bersatu padu untuk merealisasikan impian pingat emas di Sukan Olimpik.
“InsyaAllah, saya akan buat yang terbaik buat anda semua,”katanya.

image is not available

Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan memulakan cabaran dalam saringan lima bersama pelumba New Zealand, Sam Dakin, Mateusz Rudyk (Poland), Nicholas Paul (Trinidad and Tobago), Vasilijus Lendel (Lithuania) dan Christian Ortega (Colombia).