Paris 2024: Penyertaan Datuk Azizulhasni Dibatalkan Dalam Acara Keirin

11 Aug 2024 • 12:34 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Paris 2024: Penyertaan Datuk Azizulhasni Dibatalkan Dalam Acara Keirin

PARIS, 10 Ogos (Bernama) — Impian negara merangkul emas pertama daripada Sukan Olimpik Paris 2024 lebur apabila jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Veldrom Saint-Quentin-en-Yvelines di sini hari ini.

Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan semasa saringan satu pusingan pertama selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.

Penyandang pingat perak itu sepatutnya bersaing dengan lima pelumba lain iaitu Matthew Glaetzer dari Australia, Rayan Helal (Perancis), Kaiya Ota (Jepun),Jeffrey Hoogland (Belanda) dan pelumba Suriname, Jair Tjon En Fa.

Saringan satu itu dimenangi Glaetzer sementara kedua menjadi Hoogland.

Dua pelumba tertas pada setiap saringan akan melayakkan diri ke pusingan suku akhir yang dijadual berlangsung esok.

Sumber: BERNAMA