Azizulhasni tawar diri jadi penasihat prestasi

11 Sep 2024 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azizulhasni Awang

SELEPAS menutup tirai Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai penampilan terakhir, pelumba trek negara Datuk Azizulhasni Awang kini bersedia meneruskan kariernya sebagai penasihat prestasi.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman sosial beliau hari ini, dengan menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.

Menerusi perkongsian itu, warganet dilihat memberi maklum balas dengan menyuarakan sokongan penuh terhadap perjalanan karier The Pocket Rocketman dan mendoakan urusannya dipermudahkan. Pada temasya Olimpik lalu, Azizulhasni tersingkir dalam acara keirin ketika pusingan kelayakan, atas faktor teknikal.

Namun kegagalan itu tidak melenyapkan kejayaannya sebelum ini yang memperoleh pingat perak pada Olimpik Tokyo 2020, gangsa pada Olimpik Brazil 2016 dan emas pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved