Senaraikan kelebihan dan pengalaman, Azizulhasni tawar diri jadi penasihat prestasi

11 Sep 2024 • 2:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Azizulhasni tawar diri

Pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni tawar diri untuk menjadi penasihat prestasi selepas penampilan terakhirnya di Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azizulhasni atau nama sebenarnya Muhammad Azizulhasni Awang di laman Instagramnya, dia yang bersedia untuk meneruskan karier dalam bidang tersebut menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.

Instagram will load in the frontend.

Dalam perkongsian tersebut, rata-rata netizen menyokong perjalanan kerjaya The Pocket Rocketman selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Azizulhasni tawar diri

image is not available

Terdahulu, Azizulhasni tersingkir dalam acara keirin ketika pusingan kelayakan, atas faktor teknikal pada temasya Olimpik lalu.

Beliau turut mengesahkan tidak akan bertanding dalam temasya Olimpik 2028 setelah berkali-kali bersaing dalam kejohanan tersebut.

Azizulhasni cukup membanggakan rakyat Malaysia apabila pernah menjulang pingat perak dalam acara keirin ketika Olimpik Tokyo 2020 serta emas dalam Kejohanan Dunia yang berlangsung di Hong Kong pada 2017.

Azizulhasni tawar diri

image is not available

Sumber: Instagram @Azizulhasni Awang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved