Azmin kenang jasa abang Anwar, sering bermalam rumah Allahyarham ketika kempen

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 12:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Azmin kenang jasa abang Anwar, sering bermalam rumah Allahyarham ketika kempen

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenang Allahyarham Idrus Ibrahim sebagai insan mulia yang banyak memberi nasihat kepadanya sepanjang melalui perjalanan politik.

Mohamed Azmin menerusi hantaran di laman Threads berkata, dia menerima perkhabaran sedih mengenai pemergian abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu semalam.

Menurutnya, kenangan bersama Allahyarham masih segar dalam ingatan terutama ketika dia berkhidmat bersama Anwar sejak 1987 sebelum melalui tempoh perjuangan politik bermula 1998.

“Masih segar di ingatan saya segala kenangan kami bersama tatkala saya berkhidmat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim semenjak tahun 1987 dan kemudian persaudaraan kami di sepanjang tempoh perjuangan bermula 1998. Setiap kali saya ke Permatang Pauh khususnya ketika kempen pilihan raya, saya akan bermalam di kediaman Abang Idrus di Cherok Tok Kun,” katanya.

Setiausaha Agung Bersatu itu berkata, Allahyarham merupakan seorang yang sangat mulia selain banyak memberikan nasihat kepadanya dalam menjalani kehidupan dan perjuangan.

“Beliau adalah insan yang sangat mulia dan banyak nasihat beliau kepada saya untuk menjalani kehidupan dalam sebuah perjuangan,” katanya.

Beliau turut menitipkan doa buat Anwar dan seluruh ahli keluarga supaya diberikan kesabaran serta ketabahan menghadapi kehilangan berkenaan.

“Saya mendoakan semoga Allahyarham Idrus Ibrahim mendapat husnul khatimah dan ruhnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan nikmat Allah SWT. Untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga, saya mendoakan semoga Allah SWT memberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya.

Terdahulu, Idrus, 83, meninggal dunia ketika sedang tidur di kediamannya di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, petang semalam. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, empat anak dan 10 cucu.

Anwar sebelum ini memaklumkan menerima berita pemergian abangnya ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menamatkan lawatan kerja tiga hari ke China.

Jenazah Allahyarham dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheruk Tok Kun Bawah selepas solat Jumaat hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Azmin kenang jasa abang Anwar, sering bermalam rumah Allahyarham ketika kempen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved