Jenazah abang PM, Idrus Ibrahim selamat dikebumikan

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 3:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jenazah abang PM, Idrus Ibrahim selamat dikebumikan

SEBERANG PERAI – Abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Allahyarham Idrus Ibrahim, 83, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherok Tokun Bawah, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham dibawa ke tanah perkuburan kira-kira pukul 2.10 petang selepas solat jenazah yang disempurnakan Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman.

Bacaan talkin kemudian disempurnakan Imam 1 Masjid Jamek Cheruk Tok Kun Bawah, Ustaz Tengku Zahari Tengku Baharom, sebelum urusan pengebumian selesai kira-kira pukul 2.50 petang.

Ratusan ahli keluarga, kenalan dan pemimpin hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui selepas pengebumian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan penghormatan terakhir serta membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

“Terima kasih kepada semua yang hadir,” ujarnya ringkas. – KOSMO! ONLINE

The post Jenazah abang PM, Idrus Ibrahim selamat dikebumikan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved