“Selamat jalan cikgu” -Steven Sim sebak tatap jenazah Idrus Ibrahim, terkenang zaman sekolah

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 3:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Selamat jalan cikgu” -Steven Sim sebak tatap jenazah Idrus Ibrahim, terkenang zaman sekolah

div:has([data-free-thinking-preview-answer=true])+:is(.text-message,.relative:has(>.text-message))]:-mt-2 grow">

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong mengenang kembali jasa gurunya, Allahyarham Idrus Ibrahim yang juga abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan pemergian allahyarham.

Teringat momen sewaktu disekolah rendah

Menerusi satu hantaran di media sosial, Steven berkata, berada di sisi jenazah Cikgu Idrus membuatkan beliau teringat kembali kenangan 35 tahun lalu ketika masih bergelar seorang murid sekolah rendah.

Menurut Steven, beliau masih mengingati satu peristiwa ketika terserempak dengan Cikgu Idrus berhampiran bilik Guru Besar.

“Di sisi jenazah Cikgu tadi, saya buat seketika bagai kembali ke 35 tahun dulu.
“Hari itu saya lalu dekat bilik Guru Besar, terserempak Cikgu Idrus yang kebetulan keluar dari bilik itu.
Cikgu Idrus terus menarik sideburn saya lalu memberi amaran agar menyimpan rambut dengan kemas.
Satu pengajaran yang tidak akan saya lupakan,” ujarnya.

Teguran jadi pengajaran cukup berguna

Steven menambah, teguran tersebut bukan sekadar berkaitan perkara kecil, sebaliknya menjadi satu pengajaran yang terus diingatinya sehingga dewasa.

“Bila dewasa nanti, Cikgu Idrus bagitau saya, kalau dalam hal kecil kita tak mula jaga dengan baik, maka bila sampai hal besar dan penting, kita akan lalai jugak,” katanya.

Beliau turut mengenang bagaimana Cikgu Idrus sentiasa memberi tunjuk ajar kepadanya sejak di bangku sekolah sehingga beliau bergelar Ahli Parlimen dan Menteri.

“Itu jiwa seorang Cikgu, dari saya sekolah rendah, sampai saya jadi MP dan kini Menteri, Cikgu Idrus senantiasa memberi tunjuk ajar,” jelasnya.

Ketegasan lahir daripada harapan besar seorang guru

Menurut Steven, beliau dan rakan-rakan sekolah suatu ketika dahulu menganggap Cikgu Idrus sebagai seorang guru yang tegas dan garang.

Namun, selepas dewasa, beliau mula memahami bahawa ketegasan tersebut lahir daripada harapan besar seorang guru terhadap masa depan anak muridnya.

“Dulu masa sekolah, kami anggap Cikgu Idrus ni tegas dan garang, tapi sekarang sedar Cikgu sebenarnya menaruh harapan besar untuk kemenjadian insan bagi semua anak muridnya,”

Selamat jalan cikgu

Mengakhiri hantaran tersebut, Steven turut menitipkan ucapan selamat jalan buat gurunya yang disifatkan akan sentiasa berada dalam ingatan.

“Selamat jalan Cikgu. You will always remain in our hearts, our Headmaster, sir.
“Kelas bangun. Terima kasih Cikgu” – Sim, Ketua Darjah,”
Allahyarham Idrus Ibrahim dikhabarkan telah meninggal dunia pada petang semalam.Perkara tersebut disampaikan Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosial memaklumkan berita duka itu.

Difahamkan, beliau ketika itu dalam perjalanan pulang selepas menjalani lawatan kerja selama tiga hari di China.

Sumber: Facebook Steven Steven Sim Chee Keong 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved