Azza Elite Puji Sikap Khairul Aming & Che Sayang - “Budi Bahasa Tinggi, Merendah Diri, Patutlah Jadi Kesayangan Malaysia”

24 Mar 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan anggota kumpulan Elite, Azza memuji sikap personaliti media sosial popular, Khairul Aming dan juga Che Sayang yang merendah diri.
 

Tinggi budi bahasa dan merendah diri

 


Azza menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata, Khairul Aming dan Che Sayang memiliki keperibadian yang sangat baik dan beradap.


 

“Antara figura kegemaran ramai di TikTok dan Malaysia. Dia macam ni tau, budi bahasa tinggi, merendah diri.
 
“Dua orang ini, KA dan Che Sayang memang harus menjadi inspirasi. Kak Za sangat bangga dengan orang macam Che Sayang ni.

 


“Dia cakap terus kita macam patutlah Allah pilih jadi kesayangan Malaysia juga. Terbang tinggi merendah diri, sopan santun baik budi,” tulisnya.


 


Untuk info, selain Khairul Aming, Che Sayang juga merupakan antara pencipta kandungan masakan kegemaran ramai.


 


Segmen popularnya yang diberi nama 2 Minit 1 Resipi mendapat sambutan positif netizen.


 


Che Sayang dan Khairul Aming juga merupakan finalis top 5 bagi kategori Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024 untuk Gempak Most Wanted Award 2024 (GMWA2024) yang berlangsung pada 23 Februari lalu.