Peminat B.I, ada berita baik untuk korang!
Menerusi pengumuman Lo-Fi Entertainment di platform media sosial mereka, B.I bakal mengadakan konsert 2024 TOUR “HYPE UP” IN KL pada 30 Jun 2024 (Ahad) nanti.
Penyanyi yang popular dengan lagu solo seperti ‘BTBT’, ‘Loved’, ‘illa illa’, ‘Keep Me Up’, dan banyak lagi akan menghiburkan peminat tempatan dengan persembahan hebat di Mega Star Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur bermula jam 6 petang.
Nantikan maklumat lanjut mengenai konsert ini di platform media sosial Lo-Fi Entertainment.
Yes!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post B.I Bakal Lawat Malaysia Dengan Konsert 2024 TOUR ‘HYPE UP’ IN KL Pada Jun Ini first appeared on KimchiDaily.my.



