Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Kelas Permulaan S20A

TechnologyDigital
3 Mar 2020 • 4:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon pintar kelas permulaan adalah telefon pintar paling murah. Ia menawarkan fungsi-fungsi asas untuk sesebuah peranti pintar dengan spesifikasi yang sangat asas. Peranti ini kemudiannya digantikan dengan Android Go, yang mana tidak begitu menarik perhatian orang ramai. Ini kerana, peranti kelas pertengahan sudah boleh didapati dengan harga yang lebih kurang sama dan jauh lebih baik dari segi prestasi, kamera dan ciri.

image is not available

Sony seperti biasa, melakukan kerja gila mereka. Baru-baru ini, sebuah peranti mereka iaitu S20A telah disenaraikan dalam TENAA. Peranti ini dilihat adalah sebuah peranti kelas permulaan dengan spesifikasi yang sangat asas. Skrin adalah 5.45-inci 480p TFT, dijana dengan cip pemprosesan 1.3GHz dan dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti ini turut mempunyai sokongan kad microSD sehingga 128GB, bateri 4000mAh dan paling mengejutkan menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Kamera belakang dilihat mempunyai tiga lensa dan skrin dilihat mempunyai takuk dan turut kelihatan seakan satu lagi lensa kamera, mungkin untuk swafoto. Tetapi dalam senarai, TENAA menyatakan kamera 5MP dan 2MP sahaja. Tiada informasi lain lagi. Tiada juga informasi bila peranti ini akan dilancarkan, tetapi yang pasti ia adalah untuk pasaran China – kerana syarikat bernama “Sony Ericsson Guangzhou” yang mendaftar peranti ini di TENAA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved