“Bab bisnes tak ada harga bergurau” – Cik Epal Perjelas Kenapa Caj Sampai RM100K Untuk Review Produk

Entertainment
31 Jan 2025 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Personaliti media sosial, Cik Epal menerusi Instagram Story miliknya ada kongsikan kadar bayaran jika ada pihak memerlukan perkhidmatannya untuk melakukan review.

Jelasnya, dia seorang yang sangat serius jika ianya berkaitan dengan hal perniagaan. Malah Cik Epal juga menafikan dia bergurau apabila ada pihak yang menganggap isu ini sebaliknya.

image is not available

Oleh sebab itu, dia mendedahkan haarga yang dikenakan olehnya kepada peniaga yang ingin mendapatkan perkhidmatannya kerana ramai orang menghantar DM dan bertanya mengenai pakej harga untuk review.

image is not available

Berdasarkan perkongsian itu, untuk posting di feed harganya RM30,000 manakala, di Instagram Story pula bernilai RM20,000.

Lebih mencuri tumpuan, Cik Epal mengenakan harga RM50,000 untuk dua jam sesi live di TikTok dan RM100,000 untuk empat jam sesi live.

Kalau tak silap sebelum ni dia pernah offer RM100K kalau masuk podcast dan Caprice sanggup bayar sebelum ni, apa cerita eh? Tanya je..

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.