Netizen terkejut tengok bayaran Cik Epal-“Empat jam buat tiktok live je RM100,000”

LocalEntertainment
29 Jan 2025 • 10:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Biar betul? Netizen terkejut tengok bayaran reviu yang dikenakan oleh usahawan yang juga personaliti media sosial, Cik Epal selepas beliau berkongsi menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, hari ini.

Menurut Cik Epal atau nama sebenar Murni Mahmud, dia berkongsi harga yang ditawarkan kepada mereka yang memerlukan perkhidmatannya untuk melakukan reviu sesuatu produk.

Dalam hantaran itu, Cik Epal meletakkan ke semua harga bagi setiap platform media sosial dengan bayaran serendah RM20,000 bagi satu hantaran di Instagram dan maksimum RM250,000 bagi duta sesuatu produk.

“Sebab ramai yang DM tanya rate, aku buka harga terus. Review by Cik Epal,”tulisnya.

image is not available

Cik Epal berkata, harga yang diletakkan itu adalah berbaloi dengan cara kerjanya.

“Yang pernah bekerja dengan aku akan tahu aku buat kerja all out macam mana. Kalau berminat, DM aku sentiasa terbuka.
“Kalau aku lambat balas atau tak balas (terlepas pandang), boleh DM pembantu peribadi aku, Ammar benda berkaitan bisnes,”katanya lagi.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen terkejut tengok bayaran Cik Epal

Perkongsian itu ternyata telah membuatkan warganet terkejut dengan harga yang dinyatakan bagi mendapatkan perkhidmatannya.

Mereka seolah-olah mempertikai harga yang ditawarkan oleh Cik Epal dan memaklumkan ia adalah tidak berbaloi memandangkan wanita itu bukanlah selebriti terkenal.

image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Terdahulu, nama Cik Epal hangat menjadi bualan selepas rumah tangganya dan bekas suami, Jofliam berlarutan walaupun masing-masing sudah sah bercerai.

Sumber: X ricxxxkiddo, IG Cik Epal