Babak Berahi Aidil Aziz & Trisha Ooi Dikecam, Tak Sesuai Dengan Bulan Ramadan

EntertainmentLifestyle
27 Feb 2026 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Drama bersiri Sujud Terakhir Encik Norman yang sedang ditayangkan kini dilihat telah membuatkan segelintir penonton berasa kurang selesa dan mengundang kemarahan ramai.

Ia berikutan dengan satu adegan yang memaparkan Aidil Aziz dan Trisha Ooi dikatakan terlalu mesra dalam episod kelapan baru-baru ini dan dianggap tidak senonoh.

Dalam episod tersebut, ada satu babak yang memperlihatkan ekspresi ghairah Aidil yang seolah-olah sedang melakukan aksi seksual dengan watak yang dilakonkan oleh Trisha.

Malah, ada juga adegan yang menunjukkan mereka berdua seolah-olah sedang bercium di dalam sebuah kereta namun ianya dikaburkan.

image is not available

Ia membuatkan penonton anggap adegan ala filem barat itu tidak sesuai ditayangkan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

“Ok ke untuk ditayangkan aksi berahi begini? Dah macam filem barat! Semalam ada adegan asmara di dalam kereta iaitu babak bercium dan Aidil meletakkan badan atas Trisha.”

“Dalam cerita ini kerap ada aksi-aksi panas tapi ini paling menjengkelkan sebab ketika ini drama ini ditonton pada 9 Ramadan dengan keluarga bersama anak-anak kecil.”

image is not available

“Mana had batas produksi dan pelakon yang juga sudah beristeri dan mempunyai anak dan keluarga,” kata penonton itu kepada mStar Online.

Drama Sujud Terakhir Encik Norman dilakonkan oleh Sharifah Sakinah, Aidil Aziz, Trisha Ooi, Rykarl Iskandar dan ramai lagi.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.