
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (15 April), tular di media sosial video adegan melampau sebuah persembahan teater yang diadakan di universiti terkemuka negara, Universiti Malaya (UM).
Menerusi video tular, kelihatan dua pelakon yang terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan dilihat saling bersentuhan sebelum melakonkan babak intim di atas katil.
Persembahan yang diadaptasi daripada karya Asrama-Ra itu nyata mendapat perhatian dek kerana babak berkenaan hingga ramai yang mengecam serta mempersoalnya dan dianggap tidak sesuai untuk dipersembahkan kepada umum.
View on Threads
Universiti Malaya Mohon Maaf, Babak Persembahan Teater Langgar Syarat Pertandingan
Terbaharu, Universiti Malaya (UM) memohon maaf susulan isu tular membabitkan babak kontroversi dalam persembahan teater oleh pasukan teater kolej institusi berkenaan.
Difahamkan, persembahan berkenaan adalah salah satu pementasan dalam Pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM.
UM dalam satu kenyataan di Facebook menjelaskan pihaknya sedia maklum babak dalam pementasan terbabit telah tular dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Adegan Dipersembah Tidak Selaras Dengan Skrip Asal Yang Sudah Ditapis
Mereka turut memaklumkan adegan yang dipersembahkan itu tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan melanggar syarat pertandingan yang ditetapkan.
“Pihak universiti memandang serius perkara berkenaan serta mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan.
“Berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM, setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.
“Hasil penelitian mendapati adegan dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan ditetapkan,” jelas mereka.
Persembahan Tidak Layak Untuk Dinilai
Tegas UM lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran terhadap garis panduan program atau peraturan yang telah ditetapkan.
“Persembahan berkenaan sudah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai dan tindakan lanjut sedang dilaksanakan.
“Ia bagi memperkukuhkan pemantauan serta memastikan perkara seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.
KENYATAAN MEDIAPENJELASAN RASMI UNIVERSITI MALAYA MENGENAI ISU TULAR PERSEMBAHAN TEATER
KMUM Kecam Sekerasnya Adegan Teater, Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka
Sebelum ini, Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) turut mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh pasukan teater kolej yang didakwa memaparkan unsur tidak senonoh.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan, KMUM berpendapat pementasan yang sepatutnya menjadi platform seni, intelektual dan pembangunan sahsiah mahasiswa tidak boleh disalahguna untuk menormalisasi kandungan yang tidak bermoral serta mencetuskan ketidakselesaan warga kampus berkenaan.
Pada masa yang sama, KMUM turut menuntut pasukan teater berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
[LAKONAN TEATER TIDAK BOLEH DIJADIKAN ALASAN UNTUK SEMBUNYIKAN NORMALISASI AKSI LUCAH]Kesatuan Mahasiswa Universiti…Posted by Universiti Malaya Students’ Union – KMUM on Wednesday 15 April 2026
Baca Artikel Berkaitan: “Art Is Art” – Papar Adegan Keterlaluan Dalam MV, Ini Respon Penyanyi Baharu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kritik Adegan Suami Isteri Bermesra Dalam Filem Papa Zola The Movie, Ramai Anggap Ia Bukan Isu
