Babak ‘Panas’ Dalam Drama Undang Kecaman Netizen [Video]

Entertainment
16 Jan 2024 • 6:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui kebanyakan drama khususnya drama Melayu yang dipaparkan di televisyen banyak berkisar tentang realiti kehidupan masyarakat pada masa kini.

Namun, terdapat segelintir penerbit drama yang dilihat tidak sensitif dengan budaya masyarakat Malaysia apabila memaparkan babak yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Walaupun hakikatnya adengan itu merupakan realiti yang biasa berlaku dalam kehidupan namun bagi sesetengah individu, mereka berpendapat babak tersebut tidak seharusnya ditayangkan.

Babak Perempuan Simpanan Lihat Lelaki Mandi Jadi Bualan Hangat

Terbaharu, drama lakonan pelakon lelaki terkenal Shukri Yahaya dan Ezanie Jasny kini menjadi bualan hangat apabila memaparkan babak yang disifatkan ‘panas’ oleh sesetengah warganet.

Menerusi video sedutan drama yang dikongsikan di Twitter (X) @twtbiy, kelihatan watak perempuan simpanan lakonan Alya Iman sedang melihat teman lelakinya mandi.

Apa yang lebih menjadi perhatian adalah kelihatan babak tersebut seolah-olah memaparkan teman lelakinya itu tidak mengenakan sebarang pakaian.

Malah, dipenghujung video berkenaan, kelihatan pelakon lelaki itu menarik pelakon wanita berkenaan dan mengajaknya mandi bersama.

Lakonan Jadi Bualan Hangat Netizen

Sedutan video yang telah mendapat 1.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian netizen. Rata-rata menyifatkan adegan tersebut tidak sesuai untuk dipersembahkan kepada umum.

Malah, ada yang mempertikaikan kualiti drama Melayu pada masa kini yang dilihat seolah-olah mempromosikan adegan tidak bermoral kepada masyarakat.

Berikut antara komen netizen:

“Penulis Skrip Tiada Etika, Pengarah Tidak Rasa Malu, Pelakon?”

image is not available

“Jijik! Sampai Bila Filem Atau Drama Malaysia Kena Macam Ni”

image is not available

“Kenapa Cerita Melayu Makin Mengarut?”

image is not available

“Siapa Produser, Penulis & Pengarah Cerita Ni?”

image is not available

“Benda Macam Ni Boleh Tayang Dekat Malaysia?”

image is not available

Source: