Babak Sophia Albarakbah Simbah Air Dekat Uqasha Senrose Jadi Tumpuan, Lain Pula Komen Netizen – “Kali Ini Aku Team Sophia”

Entertainment
3 Feb 2026 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Sophia Albarakbah mencetuskan reaksi hangat dalam kalangan netizen menerusi lakonannya dalam drama bersiri TV3, Bisik Asmara.

Menerusi perkongsian di TikTok, aksi Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman bersama Uqasha Senrose berjaya memikat penonton dan memberikan kepuasan tersendiri.

Advertisement

Dalam babak tersebut, Sophia menyerang watak Noreen lakonan Uqasha dengan menyimbah air, sekali gus mencetuskan adegan tegang yang sarat dengan konflik. Aksi berkenaan bukan sahaja membuatkan penonton tidak senang duduk, malah mengundang perbincangan hangat dalam kalangan warganet yang terikut-ikut dengan perkembangan dramatik jalan ceritanya.

View this post on Instagram

Di ruangan komen, ramai netizen memuji lakonan mantap kedua-dua pelakon yang berjaya menghidupkan konflik dengan begitu realistik. Malah, ada yang menyifatkan babak itu sebagai antara momen paling ‘melepaskan perasaan’ dan paling diingati dalam Bisik Asmara setakat ini.

Untuk makluman, Bisik Asmara bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Drama ini juga boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran TV, sama ada menerusi laman web rasmi iQIYI atau aplikasi mudah alih di Google Play dan App Store.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-03 16:08:31

"Carilah Pasangan Yang Bawa Kita Ke Arah Lebih Baik, Bukan Sama Naik, Bukan Lebih Kufur" - Nora Danish

The post Babak Sophia Albarakbah Simbah Air Dekat Uqasha Senrose Jadi Tumpuan, Lain Pula Komen Netizen – “Kali Ini Aku Team Sophia” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.