Baby Shima Selar Tindakan Pendakwah Bebas Membisu Bila Kes Libatkan ‘Geng’ Sendiri - “Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua…”

2 Sep 2024 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tindakan pendakwah bebas Da'i Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Da'i Syed mendapat perhatian penyanyi Baby Shima.

Diam membisu

Menerusi komen yang ditinggalkan, Baby Shima mempertikaikan tindakan segelintir pendakwah bebas yang hanya ‘diam membisu’ apabila kes melibatkan rakan sendiri.

 

“Amboi… kena geng sendiri semua pakat suruh diam. Bila ‘geng' dia buat hal, semua senyap sunyi masuk dalam gua, buat-buat tak nampak.

 

“Tak ada surat terbuka, tak ada doa bala? Ada yang siap menjatuhkan hukum neraka terus,” tulis Shima.

Buat konten

Pada penulisan yang sama, penyanyi lagu Pura Pura Bujang ini turut berkata pendakwah bebas akan mula membuat konten apabila timbul kontroversi melibatkan dirinya atau selebriti lain.

 

“Kalau isu artis… bila hal Shima atau artis lain laju buat konten… konon terpaling tegur,” ujarnya lagi.

 

Rata-rata netizen di ruang komen tersebut bersetuju dengan pendapat Baby Shima namun ada juga antara mereka beranggapan Da’i Syed sudah menerima hukuman yang sewajarnya.

 

 

Sebelum ini, Da'i Fuad menerusi platfrom X berasa simpati dengan nasib menimpa Da'i Syed yang dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan pada Jumaat lalu.

 

Mendengar keputusan serta hukuman dihadapi Syed turut membuatkan air mata Fuad, 29, sebagai rakan gugur.

 

Tambah Fuad, segala yang berlaku sama ada baik mahupun buruk sudah tertulis atas kuasa Allah SWT.

 

Malah dia merayu agar kecaman terhadap Syed dihentikan kerana pendakwah itu sudah menerima hukuman hasil perbuatannya.