Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”

2 Sep 2024 • 10:52 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah, Da’i Fuad tampil menjawab teguran penyanyi, Baby Shima yang mendakwa dirinya pilih kasih dalam memberi teguran terhadap agamawan.


Tunjuk bukti dah tegur Da'i Syed












“Kami tidak mendiamkan diri cuma saya tak bolehlah nak share semua perkara yang saya tegurnya, yang mungkin saya berhubung dengannya supaya memperbaiki keadaan, supaya tidak jadi fitnah kepada agama.

“Namun saya berikanlah dua beban bukti bahawa saya khususnya tidak tidur dan saya tidak menegur dalam keadaan berkiblatkan mana kawan mana lawan.









Isteri dan anak Da'i Syed tidak harus dipersalahkan


“Saya konsisten bahawa kesilapannya itu tidak harus disalahkan isterinya dan anaknya sebab yang salah adalah dia. Yang buat perkara tak betul, yang buat jenayah adalah dia. 

“Saya seru juga kepada para mangsa terus mara lagi ke hadapan untuk suarakan hak anda dan kena ada keberanian, jangan bagi orang ambil kesempatan dalam diri anda lagi,” ujarnya.