Baby Shima sokong kerajaan terima kedatangan Trump – “Jaga musuh lebih rapat..”

LocalPolitics
29 Sep 2025 • 10:58 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi kontroversi, Baby Shima menjadi perhatian apabila berkongsi pandangan peribadi berkenaan keputusan menjemput Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bulan depan.

image is not available

Terima kedatangan Trump

Menerusi hantaran di Threads, Baby Shima atau nama lengkapnya, Nor Ashima Ramli menjelaskan kehadiran Trump tidak mungkin dapat memberikan kesan kepada semangat rakyat Malayasia yang terus memperjuangkan hak orang Palestin yang sedang ditindas.

“Jaga kawan rapat, dan jaga musuh lebih rapat. Biarlah kerajaan terima dia datang tapi kita tetap tunjuk penentangan terhadap genocide,” ciapan Shima di Threads, semalam.

Dalam pada itu, Shima berpendapat kehadiran Trump mungkin memberi beberapa manfaat kepada negara terutama dalam sektor ekonomi.

“Jika kerajaan tolak Trump, Malaysia mungkin terkesan (cukai import naik), dan genosid itu tetap tak dapat di hentikan.

“Jangan cuma jadi terpaling di media sosial tapi tak ada penyelesaian. Insya-Allah kerajaan tau apa yang di buat,” jelasnya.

image is not available

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi balas warganet dan rata-ratanya bersetuju dengan cara fikir penyanyi tersebut malah ada juga yang memujinya sudah matang membuat keputusan serta melihat peluang yang ada buat keamjuan negara.

Jaga periuk nasi sendiri

image is not available

Shima lagi bijak

image is not available

Fikir kesan panjang

image is not available

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang mempertikaikan jemputan kepada Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN itu.

Anwar menegaskan Malaysia akan menggunakan platform diplomasi itu untuk terus menyuarakan isu Palestin dengan tegas dalam mempertahankan kebenaran, namun dengan pendekatan berstrategi.

Selain Trump, beberapa pemimpin dunia termasuk dari Asia, Eropah, Kanada, Afrika dan Amerika Latin dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.

Sumber: Threads babyshimaofficial