Lebih baik Trump datang Malaysia, rakyat boleh kecam secara berdepan – PU Rahmat

LocalPolitics
29 Sep 2025 • 8:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia bagi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dilihat sebagai peluang bagi negara menegaskan pendirian secara terbuka terhadap dasar AS.

Pendakwah bebas, PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan berkata, berbanding kecaman di pentas antarabangsa yang kadang-kala diabaikan, mengecam Trump secara langsung di tanah air mampu memberi impak lebih berani dan bermakna.

“Mengecam Trump berkaitan Palestin di rumah kita sendiri lebih gah dan berani, walaupun Trump tidak peduli pun kena kecam sebab sudah berpuluh Presiden dan Wakil Negara mengecam AS di UN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

image is not available

Lebih baik Trump datang Malaysia

Beliau menegaskan, walaupun kehadiran Presiden AS itu boleh dianggap sensitif terhadap solidariti dengan Gaza, Malaysia sudah menunjukkan komitmen besar melalui peranan sebagai Penaung Rasmi Sumud Flotilla.

“Kita boleh teruskan demonstrasi untuk menekan Trump dan menunjukkan betapa tidak sukanya kita terhadap AS,” tambahnya.

image is not available

PU Rahmat turut menekankan, lawatan Trump perlu dilihat dari sudut positif sebagai platform diplomasi dua hala.

“Trump bukannya orang gila yang tidak tahu sifir atau pengiraan untung rugi.
“Kehadiran dia ke Malaysia sedikit sebanyak mengiktiraf kepentingan ASEAN dalam ekonomi dunia masa kini,” jelasnya.

image is not available

Tambahnya, peluang ini juga boleh dimanfaatkan untuk membincangkan semula isu berkaitan tarif dan polisi semikonduktor, sekaligus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rundingan antarabangsa.