“Baca taklik pun dalam Bahasa Korea!” – Netizen Teruja Lihat Momen Akad Nikah Wanita Dengan Lelaki Korea

Entertainment
29 Apr 2024 • 6:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila bercakap soal jodoh, pasti kita mempunyai beberapa ciri yang sudah ditetapkan untuk bakal suami ataupun isteri.

Sama juga bagi segelintir gadis di Malaysia yang mungkin berimpian mahu mempunyai pasangan hidup yang berasal dari negara Korea Selatan.

Taklik dalam Bahasa Korea!

Menerusi hantaran video yang telah tular di TikTok baru-baru ini, memaparkan momen akad nikah antara seorang wanita Malaysia dengan lelaki dari Korea Selatan.

Dalam video tersebut, lelaki itu telah sampai ke lapangan terbang untuk melangsungkan pernikahan di Malaysia dan mereka dibantu keluarga telah membuat pelbagai persiapan sebelum majlis berlangsung.

Apa yang menarik sewaktu majlis, lelaki itu telah melafazkan akad dalam Bahasa Melayu namun taklik pula dibaca dalam Bahasa Korea. Juru nikah itu juga sempat berseloroh meminta orang ramai menjadi saksi untuk lafaz akad dan taklik tersebut.

Selain itu, beberapa orang kenalan turut memberi ucapan dalam Bahasa Korea kepada dua orang mempelai itu dan majlis tersebut dilihat sangat meriah bermula daripada sesi akad nikah sehingga sesi bergambar di taman.

“Jodoh aku dekat Korea ke?”

Menjengah di ruangan komen dalam hantaran video berdurasi 1 minit itu, segelintir netizen wanita menyangka jodoh mereka dari Korea Selatan. Selain itu, mereka juga meminta cara-cara untuk mendapatkan jodoh dari negara itu.

image is not available image is not available image is not available

Ada juga netizen yang mahu tahu apa yang disebut dalam bacaan taklik itu.

image is not available

Min pun nak tips jugaklah.. kena travel Korea berapa lama eh?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.