Badak makin tunjuk kemajuan ketara

11 Aug 2026 • 4:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Badak makin tunjuk kemajuan ketara

Kota Kinabalu: Sabah FC meneruskan persiapan pramusim dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas kelab Brunei, Kasuka FC, dalam aksi persahabatan di Stadium Likas, pada Ahad malam.

Pemain import baharu Gonzalo Di Renzo membuka tirai jaringan dominasi Sabah FC apabila menanduk masuk bola pada minit kedua permainan.

Jaringan sendiri pemain Kasuka FC mengukuhkan lagi kelebihan Sabah FC pada babak kedua sebelum seorang lagi pemain import Park Jungbin melengkapkan kemenangan 3-0 pada minit ke-71 menerusi hantaran Darren Lok.

Pengurus pasukan Muhd Arziz Afizy Rumsani (gambar) menyatakan kepuasan terhadap keputusan itu sambil menegaskan kepentingannya sebagai sebahagian daripada strategi pramusim yang memberi tumpuan kepada membina keserasian antara pemain menjelang musim baharu MFL.

“Kami telah menunjukkan kemajuan yang ketara dan sedang membuat persiapan menyeluruh untuk skuad menghadapi musim baharu,” katanya.

Pasukan itu akan berlepas ke Bali hari ini (11 Ogos) untuk menyertai Dewata Challenge Series 2026.

Sabah FC dijadualkan menentang gergasi Indonesia Bali United pada 13 Ogos dan Persib Bandung pada 15 Ogos.

Arziz berkata kem pramusim di Bali amat penting bagi meningkatkan lagi keserasian pasukan sebelum perlawanan pembukaan musim menentang Star City FC pada 23 Ogos.

Mengulas mengenai kemunculan mengejut penolong jurulatih Alto Linus sebagai pemain gantian pada lewat perlawanan, beliau menjelaskan bahawa ia dilakukan semata-mata bagi memenuhi keperluan pertukaran pemain dan Alto tidak akan didaftarkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada senarai pemain pasukan bagi musim akan datang.

Beliau turut menyeru penyokong Badak supaya memberikan sokongan padu pada musim baharu.

“Kami mengharapkan sokongan padu daripada semua penyokong Sabah FC pada musim 2026/2027 ini. Sokongan berterusan mereka akan memberikan kekuatan dan semangat kepada pasukan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved