Badan kecik, tapi perut makin 'maju' ke depan?

Health & Fitness
19 Jan 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Badan kecik, tapi perut makin 'maju' ke depan?
Gambar: Public Health M'sia

Badan dah kurus. Tapi perut macam mengandung 4 bulan?

Stres kan? Dah cut nasi, dah minum air masak 3 liter, tapi "benda" kat bawah pusat tu taknak hilang.

Anda picit perut tu, rasa keras semacam.

Berhenti kejap sit-up 100 kali tu. Dengar sini.

Itu bukan lemak biasa. Itu namanya "Hormonal Belly" atau perut stres. Punca dia satu je: CORTISOL.

Bila anda:

❌Tidur pukul 2-3 pagi scroll TikTok.

❌Stres kerja tak habis-habis.

❌Push badan buat senaman kardio gila-gila tanpa rehat.

Badan anda ingat anda dalam bahaya. Jadi, badan akan rembes Cortisol dan simpan tenaga dalam bentuk LEMAK betul-betul kat perut tu sebagai "bekalan kecemasan".

Untuk geng PCOS, lagi korang stres, lagi buncit perut tu.

Solusi dia?

Balik ni, mandi, tutup lampu, TIDUR.

Tidur yang cukup adalah "ubat kurus" paling mahal untuk pesakit PCOS.

Relaks sikit. Angkat berat (dumbell) pelan-pelan lagi bagus dari lari sampai nak putus nyawa tapi perut tak kempis jugak.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.