Emosi mudah tersentuh & craving manis? Badan anda mungkin terlalu stres

Health & Fitness
27 Dec 2025 • 8:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Emosi mudah tersentuh & craving manis? Badan anda mungkin terlalu stres
Gambar: Public Health M'sia

Pernah tak anda rasa macam ini. Badan penat sangat, tapi malam susah tidur. Pagi bangun pun tak segar.

Kepala serabut, emosi cepat tersentuh, dan tiba tiba craving manis?

.

Cortisol ialah hormon stres. Ia sebenarnya penting untuk hidup. Ia bantu kita berjaga, fokus, dan bertindak bila perlu. Tapi bila stres jadi rutin yang tak berpenghujung, kerja menekan, kurang tidur, fikiran asyik berjaga, badan mula anggap kita sentiasa dalam ancaman.

Bila cortisol kerap tinggi, tanda yang biasa muncul termasuk susah tidur dan kerap terjaga, letih sepanjang hari, berat naik terutama di perut, rasa cemas dan mudah marah, sakit kepala serta bahu leher tegang, mudah jatuh sakit dan lambat sembuh, jerawat naik dan rambut gugur, fokus hilang dan minda rasa berkabus. Ini bukan semestinya “anda lemah”.

Ini cara badan minta tolong.

.

Cara tangani bukan dengan paksa diri jadi kuat. Mulakan dengan tidur yang konsisten, makan ikut waktu dan tambah protein, kurangkan kafein terutama petang, gerak ringan macam berjalan atau regangan, dan ambil 2 minit bernafas perlahan beberapa kali sehari.

Kalau anda sedang melalui fasa ini, anda tak keseorangan.

Badan anda cuma terlalu lama bertahan. Bila anda mula beri rasa selamat kepada diri sendiri, badan akan perlahan perlahan kembali tenang.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.