Badminton: Rasmi! Malaysia juara dunia buat kali pertama!

18 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Badminton: Rasmi! Malaysia juara dunia buat kali pertama!

Beregu wanita negara yang sedang meningkat naik, Genevie Lim-Low Zi Yu, mencipta sejarah apabila menjadi beregu wanita pertama Malaysia menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir malam tadi. 

Ia, sekali gus menyaksikan gandingan muda kebangsaan itu menamatkan penantian 34 tahun sejak penganjuran kejohanan itu bermula pada 1992. 

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Genevie Lim dan Zi Yu terpaksa sedikit bersabar tatkala permainan diheret hingga set penentuan. 

— BAM (@BA_Malaysia) October 17, 2026

Mereka terlebih dahulu memenangi set pertama 15-7 sebelum lawan dari Jepun, Nijika Kamata-Shizuku Kashio, melakar kebangkitan 9-15 pada set berikutnya. 

Dengan ketenangan, akhirnya kejayaan memihak kepada wakil negara 15-12 untuk membawa pulang kejuaraan berprestij itu buat kali pertama dalam sektor tersebut untuk Malaysia. 

Kali terakhir Malaysia memenangi kejuaaran ini pada 2024 menerusi beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved