Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah buru gelaran

17 Oct 2026 • 7:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah buru gelaran

KUALA LUMPUR – Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah semakin hampir menamatkan kemarau gelaran apabila mara ke final Terbuka Denmark selepas menewaskan pasangan China, Bao Li Jing-Cao Zi Han pada aksi separuh akhir di SJF Bank Arena, Odense, sebentar tadi.

Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kelima dunia mempamerkan aksi meyakinkan untuk menundukkan pilihan keenam itu 21-16, 21-14 dalam tempoh 37 minit, sekali gus mengesahkan tempat ke final kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 750 itu.

Kemenangan tersebut hadir selepas pasangan negara itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menyingkirkan beregu India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 14-21, 21-17, 21-11 pada suku akhir, semalam.

Mengulas persembahan mereka, Pearly berkata komunikasi antara satu sama lain menjadi antara faktor penting yang membantu mereka mengatasi kesukaran sepanjang perlawanan, terutama ketika permainan tidak berjalan lancar.

“Paling penting, saya gembira dengan komunikasi antara kami. Terutama ketika permainan tidak begitu lancar, kami berjaya mengatasinya dengan cepat dan kembali mengawal keadaan. Itu antara perkara penting yang kami beri perhatian,” katanya kepada BWF.

Thinaah pula mengakui mereka masih mempunyai beberapa aspek yang perlu diperbaiki menjelang final, selain perlu kekal fokus terhadap corak permainan dan emosi sendiri ketika berdepan lawan.

Katanya, mereka tidak meletakkan sasaran khusus pada awal kejohanan selepas baru pulang daripada Sukan Asia kira-kira seminggu sebelum berlepas ke Denmark, sebaliknya mahu memberikan persembahan terbaik berdasarkan persiapan latihan.

Sementara itu, kemaraan beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing terhenti di separuh akhir selepas tewas kepada pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 13-21, 13-21 dalam tempoh 36 minit. KOSMO! ONLINE

The post Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah buru gelaran appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved