Badminton Terbuka Australia 2025 [LIVE] – Jadual & Keputusan Final

24 Nov 2025 • 8:33 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Badminton Terbuka Australia ialah kejohanan badminton peringkat antarabangsa yang dianjurkan di Quaycentre Sydney Olympic Park dari 18 hingga 23 November 2025. Untuk mengikuti keputusan terkini, jadual perlawanan, dan maklumat lanjut, layari laman rasmi BWF https://bwfworldchampionships.bwfbadminton.com/ atau https://match-centre.bwfbadminton.com/

Kejohanan berprestij ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai sebanyak USD475,000.

Bagi peminat badminton di Malaysia, anda juga boleh menonton siaran langsung dan live streaming Badminton Terbuka Australia 2025 melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan.

Pengenalan Badminton Terbuka Australia

Badminton Terbuka Australia, kini dikenali sebagai SATHIO GROUP Australian Badminton Open, merupakan kejohanan badminton paling berprestij di Australia dan rantau Oceania.

Dengan tawaran hadiah wang tunai sebanyak USD$475,000, kejohanan ini tersenarai sebagai acara BWF Super 500 dalam siri HSBC BWF World Tour, sekaligus menjadikannya antara pertandingan elit yang menarik penyertaan pemain bertaraf dunia.

Kejohanan ini merupakan usaha sama antara Sathio Group dan Australian Badminton League, dengan VICTOR sebagai penaja peralatan utama.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1953, Australian Badminton Open terus berkembang sebagai pentas yang menghimpunkan aksi berkualiti tinggi, mempamerkan ketangkasan, strategi dan semangat kesukanan yang mengagumkan.

Sebagai acara badminton terbesar di Oceania, ia menarik lebih daripada 15,000 penonton dan peserta sepanjang penganjuran mingguannya. Kejayaan ini turut diiktiraf apabila Australian Badminton Open memenangi anugerah NSW Sporting Event of the Year 2017 oleh Sport NSW.

Dengan reputasi yang semakin kukuh di pentas global, kejohanan ini terus menjadi antara sorotan dalam kalendar badminton antarabangsa.

Tarikh Kejohanan & Lokasi Australian Open 2025

Badminton Terbuka Australia 2025  berlangsung dengan ketetapan berikut:

  • Tarikh: 18 hingga 23 November 2025
  • Lokasi: Quaycentre Sydney Olympic Park

Senarai Pemain Malaysia

Perseorangan Lelaki

  1. Leong Jun Hao
  2. Justin Hoh
  3. Aidil Sholeh Ali Sadikin
  4. Eogene Ewe – Kelayakan
  5. Lim Ming Hong – Kelayakan

Perseorangan Wanita

  1. K. Letshanaa
  2. Wong Ling Ching

Beregu Lelaki

  1. Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
  2. Man Wei Chong-Tee Kai Wun
  3. Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
  4. Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
  5. Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri
  6. Lau Yi Sheng-Lim Tze Jian
  7. Goh V Shem – Choi Sol Gyu (Korea Selatan)

Beregu Campuran

  1. Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
  2. Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
  3. Jimmy Wong-Lai Pei Jing
  4. Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien

Jadual Perlawanan Team Malaysia dalam Badminton Terbuka Australia

Jadual Perlawanan Akhir (23 November 2025)

image is not available

Keputusan Terkini Badminton Terbuka Australia

Badminton Terbuka Australia 2025 – FINAL (Malaysia Players)

Mixed Doubles (MD)

  • Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) menang 2-0 ke atas Jafar Hidayatullah/Felisha Pasaribu (INA) 21-16, 21-11
image is not available

Siaran Langsung (LIVE) Badminton Terbuka Australia

Perlawanan LIVE Badminton Terbuka Australia 2025 boleh ditonton melalui Stadium Astro 801 atau RTM dan TV Okey. Strim online di:

Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari laman BWF di pautan berikut: https://bwfbadminton.com/

Soalan Lazim Badminton Terbuka Australia

Bila Badminton Terbuka Australia 2025 berlangsung?

Kejohanan ini berlangsung dari 18 hingga 23 November 2025 di Quaycentre Sydney Olympic Park

Berapakah jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan?

Hadiah wang tunai sebanyak USD$475,000

Kategori pertandingan yang dipertandingkan?

Lima kategori utama turut dipertandingkan:

Perseorangan Lelaki
Perseorangan Wanita
Beregu Lelaki
Beregu Wanita
Beregu Campuran

Bagaimana cara menonton siaran langsung di Malaysia?

Siaran langsung boleh ditonton menerusi saluran BWF TV di YouTube, aplikasi Badminton4U, dan penyiar rasmi tempatan yang memperolehi hak siaran kejohanan BWF.

Di manakah boleh dapatkan jadual penuh dan keputusan perlawanan?

Jadual, keputusan [LIVE], dan maklumat terkini boleh diakses di laman rasmi BWF untuk Badminton Terbuka Australia 2025 : https://match-centre.bwfbadminton.com/

Siapa antara pemain Malaysia yang bertanding tahun ini?

Skuad Malaysia terdiri daripada wakil perseorangan dan beregu lelaki/campuran, antaranya seperti Leong Jun Hao, Justin Hoh, K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani dan lain-lain

Adakah Pearly Tan/Thinaah Muralitharan dan Lee Zii Jia turut beraksi dalam pertandingan ini?

Lee Zii Jia tidak beraksi pada pertandingan kali ini kerana masih dalam proses pemulihan kecederaan. Manakala gandingan Pearly Tan/Thinaah Muralitharan pula tidak beraksi kerana ingin memberi fokus utama kepada Sukan SEA dan Jelajah Dunia Akhir BWF

Bilakah pusingan akhir akan diadakan?

Pusingan akhir dijadualkan berlangsung pada 23 November 2025