Tang Jie-Ee Wei juara Terbuka Australia, gelaran kedua musim ini

FootballSports
23 Nov 2025 • 4:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Beregu campuran utama Malaysia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei rangkul gelaran Terbuka Australia 2025, kalahkan Indonesia dalam final 42 minit

SYDNEY: Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei merangkul kejuaraan kedua musim ini selepas muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025.

Pasangan pilihan pertama itu menewaskan gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu 21-16, 21-11 dalam final yang berlangsung selama 42 minit.

Kejayaan di Quaycentre, Olympic Boulevard itu melebarkan rekod bersih mereka kepada lima kemenangan berturut-turut menentang pasangan ranking ke-11 dunia tersebut.

“Kami gembira dapat mengekalkan fokus dan konsistensi sepanjang kejohanan ini,” kata Tang Jie selepas perlawanan.

Ia merupakan pentas final ketiga Tang Jie-Ee Wei musim ini selepas muncul juara dunia pada Ogos lepas.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai USD37,525 atau kira-kira RM155,835.

Pasangan Malaysia itu mengesahkan dominasi mereka dalam acara beregu campuran antarabangsa.

– Bernama