
BANDAR BARU BANGI: Datuk Badrul Hisham Mohd dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa hari ini.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat MPOB, pelantikan beliau dapat memperkukuhkan lagi MPOB sebagai peneraju industri sawit global.
“Ia termasuk pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendigitalan,
automasi, mekanisasi serta agenda kemampanan yang memenuhi jangkaan
pasaran antarabangsa,” katanya kenyataan tersebut.
Beliau berkata, Badrul Hisham mempunyai pengalaman luas hampir tiga dekad dalam pentadbiran dan diplomatik.
“Beliau juga terlibat dalam penggubalan dasar, pembangunan sektor pertanian dan perladangan serta pengurusan strategik di pelbagai Kementerian.
“MPOB kini berada pada tahap kematangan yang memerlukan pendekatan baharu bagi memastikan industri sawit negara terus kekal berdaya saing dalam landskap global yang semakin mencabar,” katanya.
Untuk rekod, Badrul Hisham berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi sejak tahun 2025.
Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dan pernah berkhidmat di Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). – UTUSAN
The post Badrul Hisham dilantik Ketua Pengarah baharu MPOB appeared first on Utusan Malaysia.






