Mohd. Yazid Datuk Bandar PJ ke-8

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 6:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mohd. Yazid Datuk Bandar PJ ke-8

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan), Datuk Mohd Yazid Sairi secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya ke-8 hari ini.

Mohd. Yazid, 52, menggantikan Datuk Mohamad Zahri Samingon yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran awam menegaskan komitmennya untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan melalui penyampaian perkhidmatan awam yang pantas, cekap dan berintegriti.

“Saya beriltizam untuk meneruskan legasi kecemerlangan MBPJ dengan memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, tadbir urus yang telus serta penyampaian perkhidmatan yang benar-benar memberi nilai kepada rakyat.

“Kejayaan sesebuah bandar raya bukan sahaja diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi juga melalui kesejahteraan, kebahagiaan dan kualiti hidup masyarakatnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MBPJ, hari ini.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Menurutnya, beliau memberi jaminan isu banjir kilat yang kerap menjejaskan penduduk setempat akan dijadikan sebagai keutamaan dan fokus utama pentadbiran baharu bandar raya ini.

MBPJ sebelum ini telah melancarkan langkah awal seperti penetapan ‘OSD Point’ bagi menangani risiko di kawasan terjejas, dan tindakan pembaikan akan diperluas ke kawasan lain yang dikenal pasti.

“Fokus utama kita adalah masalah banjir. Perkara ini banyak tular di media sosial dan menimbulkan keresahan masyarakat.

“MBPJ sebelum ini telah mengarahkan pelaksanaan ‘OSD Point’ di kawasan terjejas seperti di Medan Selera Lorong 3. Kita akan lihat kawasan-kawasan lain yang mempunyai masalah sama untuk tindakan segera,” ujarnya.

Mohd Yazid turut menekankan pendekatan kepimpinan yang fleksibel, termasuklah kesediaan menjalankan pemeriksaan mengejut (spot check) di lapangan tanpa pemakluman awal bagi memastikan mutu kemudahan serta kebersihan di kawasan pentadbiran MBPJ sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Setiap aduan penduduk yang melibatkan kebolehfungsian dan keselamatan akan diberi keutamaan dan perhatian segera demi memastikan persekitaran bandar raya sentiasa kondusif untuk warga Petaling Jaya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Mohd. Yazid Datuk Bandar PJ ke-8 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved