Bae Inhyuk & Kim Jieun Dilamar Terajui Drama Cinta Sejarah ‘Check In Hanyang’

Entertainment
29 Mar 2024 • 12:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Bae In-hyuk dan Kim Ji-eun dalam sebuah drama!

Terbaru, media melaporkan bahawa Bae In-hyuk dan Kim Ji-eun akan memainkan watak utama drama baru Channel A yang akan datang berjudul “Check In Hanyang”.

Sebagai respon, agensi Kim Ji-eun berkata,

‘Check in Hanyang’ ialah projek yang sedang dia pertimbangkan secara positif.

Bagaimanapun, wakil dari Bae In-hyuk masih belum memberi apa-apa kenyataan lagi setakat ini.

image is not available

Berlatarkan Dinasti Joseon, “Check In Hanyang” ialah drama percintaan sejarah yang menggambarkan pertumbuhan dan kisah cinta remaja, seorang wanita dan tiga lelaki yang bekerja di Yongcheonlu, rumah penginapan terbesar di Joseon.

Drama ini akan mengikuti perjalanan mereka untuk mengatasi batasan era dan status sosial, dengan semangat dan bakat mereka.

Nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.