“Bagaimana pula di hari Qiyamat” – Netizen Gerun Lihat Perubahan Wilayah Di Turkiye Lepas Gempa Bumi

9 Feb 2023 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiada kata yang boleh menggambarkan kesedihan yang dialami mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria apabila hari ini, Al Jazeera melaporkan sebanyak lebih 15,000 angka kematian dilaporkan akibat bencana tersebut.

Sekurang-kurangnya 12,391 orang dilaporkan telah meninggal dunia di Turkiye, manakala Syria pula mencatatkan sebanyak 2,992 kematian.

“Kalau dengan gempa bumi Allah merubah bentuk sebuah wilayah…”

Kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi ini jelas kelihatan menerusi perkongsian di Instagram Nadir Al Nuri yang memaparkan gambar sebuah wilayah sebelum dan selepas bencana itu berlaku.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan wilayah Kahramanmaraş di Turki dipenuhi bangunan-bangunan dan semuanya berubah selepas gempa bumi apabila hampir 80% daripada bangunan tersebut telah ranap.

Menakutkan. Kalau dengan gempa bumi Allah merubah bentuk sebuah wilayah bagaimana di hari Qiamat apabila seluruh dunia menjadi debu berterbangan.

“Gambar sebelum dan selepas gempa bumi yang melanda wilayah Kahramanmaraş di Turki. Allahul musta’an,” tulis Nadir.

“Allahu gambaran hari kiamat”

Perubahan wilayah tersebut dalam gambar sebelum dan selepas ternyata menimbulkan perasaan gerun di hati netizen yang menyamakan situasi tersebut dengan kejadian kiamat.

image is not available

Takut kan tengok macam mana satu wilayah boleh jadi macam tu… Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat mangsa bencana alam ini. Semoga mereka kuat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.