‘Bagi kami ruang cari anak-anak dahulu’

LocalFamily & Parenting
14 Aug 2026 • 2:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bagi kami ruang cari anak-anak dahulu’

PETALING JAYA – ‘Bagi kami ruang mencari anak-anak dulu’.

Demikian luahan ringkas ibu kepada Siti Nur Aaira Aidi, salah seorang salah seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Menurut Nur Rashidah Khairunissa, dia dan ahli keluarganya kini sedang berusahan mencari anak mereka yang hilang itu.

Justeru beliau meminta pihak media supaya memberi mereka ruang untuk bertenang dan segala perkembangan terkimi akan dimaklumkan kemudian.

“Bagi kami ruang mencari anak-anak. Insya-Allah saya akan berhubung balik dengan pihak Kosmo!” katanya ringlas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan kedua-dua remaja itu pada pukul 10.46 malam, 11 Ogos lalu.

Menurutnya, laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Rumbia dan remaja pertama dikenali sebagai Siti Nur Aaira Aidi yang beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

“Seorang lagi remaja ialah Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang beralamat di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi media sosialnya turut mengajak orang ramai mendoakan keselamatan kedua-dua pelajar berkenaan.

“Di pagi Jumaat yang penuh barakah ini, tolong doakan agar dua pelajar MRSM Alor Gajah, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang hilang kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post ‘Bagi kami ruang cari anak-anak dahulu’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved