Asyraf Wajdi Mohon Doa Orang Ramai, Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos Lalu

14 Aug 2026 • 3:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Dua pelajar perempuan MRSM Alor Gajah, Melaka yang masing-masing berusia 16 tahun dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu, dengan lokasi terakhir mereka dilihat adalah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Kedua-dua pelajar tersebut dikenali sebagai Siti Nur Aaira Aidi yang beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad dari Bukit Sentosa, Rawang.

Advertisement

Susulan kehilangan itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon orang ramai mendoakan agar kedua-dua pelajar terbabit ditemukan semula dengan selamat.

“Di pagi Jumaat barakah ini tolong doakan supaya dua pelajar MRSM Alor Gajah yang hilang kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Ahmad Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat guru kedua-dua remaja itu pada jam 10.46 malam, 11 Ogos lalu.

Menurutnya, Siti Nur Aaira mempunyai ketinggian 157 sentimeter, berat 50 kilogram dan berkulit gelap.

pelajar hilang

“Dia berkulit gelap dan beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

“Remaja kedua pula dikenali sebagai Nur Aisy Humaira Mohd Saad, 16, mempunyai ketinggian dan berat sama serta berkulit cerah.”

Polis kini sedang menjalankan usaha mengesan kedua-dua pelajar tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan.

“Polis sedang menjalankan usaha mengesan kedua-dua remaja terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrul Izwan Mohd Suffian di talian 017-8180106 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dsp2026-08-14 13:20:18

“Mangsa Tidak Digilis” – Peguam DSP Nazri Dakwa Bukti Forensik Bercanggah Dengan Keterangan Saksi

The post Asyraf Wajdi Mohon Doa Orang Ramai, Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos Lalu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved