DUN Sabah Rasmi Dibubar, PRN Dalam Masa Terdekat

LocalPolitics
6 Oct 2025 • 3:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suasana politik Sabah memasuki fasa baharu apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

PRN dalam masa terdekat

Menurut laporan Malaysiakini, langkah itu diumumkan pada majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Menara Kinabalu, selepas beliau selesai mengadakan pertemuan dengan barisan wakil rakyat kerajaan petang tadi.

image is not available

Foto: Malaysiakini

Tanda-tanda awal perkembangan ini mula kelihatan sejak pagi apabila Hajiji dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu sekitar jam 8.51 pagi, diikuti ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, kira-kira setengah jam kemudian.

image is not available

Kehadiran mereka mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga menarik perhatian petugas media yang sudah menunggu di istana serta Menara Kinabalu sejak awal pagi.

Pengumuman rasmi Hajiji sekali gus mengesahkan desas-desus yang bertiup sejak beberapa hari lalu mengenai kemungkinan PRN diadakan lebih awal.

image is not available

Foto: Astro Awani

Dengan keputusan ini, semua parti politik di Sabah kini dijangka memulakan persiapan bagi menghadapi gelanggang pilihan raya yang bakal ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber: Malaysiakini (JA Edgar)