“Bagi Mereka Jumpa” – Ahli BLACKPINK Kegemaran, Han Sohee Tak Malu Tunjuk Minat Pada Jennie

10 Jan 2024 • 3:33 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Han So-hee nampaknya tidak segan untuk menunjukkan cintanya kepada Jennie BLACKPINK.

Baru-baru ini, Han So-hee berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, dalam perjalanannya pulang ke Korea selepas selesai bercuti.

Menerusi beberapa gambar dan video yang dikongsi peminat, pelakon “Nevertheless” itu dilihat turut memegang kad foto milik Jennie dari koleksi BLACKPINK ‘2023 Welcoming Collection’.

Dengan ini, ada yang menebak bahawa ada peminat yang memberikannya kepada Han So-hee memandangkan sebelum ini, dia pernah berkongsi bahawa ahli kegemarannya dalam BLACKPINK adalah Jennie.

Semoga dapat tengok interaksi antara mereka satu hari nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.