Babak Ciuman Dikritik Hambar, Penonton Luah ‘Gyeongseong Creature’ Bazir Bajet RM240 Juta Dek Plot Bosan?

Entertainment
9 Jan 2024 • 11:50 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Korang dah habis layan ke musim pertama drama “Gyeongseong Creature”?

Meskipun diterajui pelakon hebat seperti Park Seo-joon dan Han So-hee, musim pertama “Gyeongseong Creature” telah menerima kritikan, kerana dipercayai tidak melepasi jangkaan segelintir penonton.

Selain menampilkan pelakon terkenal, bajet untuk mengeluarkan drama ini juga dilapor mencecah 70 bilion won (RM247,849,505), membuatkan penonton semakin kesal kerana hasilnya tidak setanding dengan wang yang dibelanjakan.

image is not available

Menerusi laman komuniti dalam talian, terdapat beberapa komen negatif seperti,

Dalam bahagian 1, saya teruja dengan raksasa itu tetapi dalam bahagian 2, tiada apa yang menarik perhatian.

 

Adegan ciuman mereka pun membosankan..

 

Saya berharap bahagian 2 akan menjadi lebih baik tetapi ia benar-benar mengecewakan.

 

Saya tonton drama ini dengan kelajuan 1.5x.

 

Mereka hanya memasukkan adegan ciuman itu untuk menjadikan drama ini lebih menarik.

Hmm, apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.