
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa sahaja dalam dunia ini tidak suka dengan makanan? Bagi sesetengah orang, ada yang tidak kisah menghabiskan duit hanya untuk mencuba makanan kegemaran dan menu baharu.
Kadangkala, walaupun ada hidangan mempunyai nama sama, air tangan individu yang menyediakan menu tersebut menyebabkan rasanya berbeza.
Oleh sebab itu, ada segelintir yang teruja untuk mencuba menu yang ditawarkan apatah lagi jika makanan itu disediakan atau dijual oleh chef terkenal.
Namun, tidak semua individu bernasib baik. Ini kerana kadangkala hidangan yang dijual tidaklah seperti apa yang dibayangkan.
Beli Croissant Tapi Hanya Dapat Inti & Salutan Cranberry Yang Sedikit
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila croissant yang dibeli olehnya dari sebuah restoran milik chef terkenal tanah air tidak seperti apa yang dijangkakan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @sizhukakuasa3, wanita itu menunjukkan inti hidangan cranberry chicken croissant yang dibelinya.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat hanya dua keping keju yang dipotong separuh serta dua kepingan yang dipercayai buah epal.
Apa yang lebih menjadi perhatian, salutan jem cranberry pada croissant berkenaan juga dilihat amat menyedihkan.
Jelas wanita berkenaan, dia tidak kisah dengan harga yang dikenakan namun berpendapat croissant tersebut sepatutnya dipenuhi dengan isi.
“Bukan nak cakap apa la, dia macam ni, kita tak kisah berapa kena bayar tapi full (inti) lah sikit.
“Tapi ini macam tak full je, tak best la. I tak happy tahu tak, makanan ini sepatutnya menghappykan.
“Korang rasa macam mana? Sikit kot cranberry (jem) dia ni lepas tu, letaklah berapa pun harga its okay tapi presentation tu, entahla,” katanya di video berkenaan.
Perkongsian Bukan Untuk Memalukan Restoran Chef Terkenal, Beli Croissant Dengan Harga RM22
Jelas wanita itu menerusi ruangan komen, tindakannya memuat naik video berkenaan bukanlah untuk memalukan premis itu namun ia hanya sekadar untuk meluahkan rasa kecewa.
Apatah lagi pembelian itu dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak jauh dari kediamannya di Klang, Selangor.
“I beli dekat KLIA dan sampai dekat rumah dah dekat Klang. Takkan I nak patah balik KLIA.
“I memang high expectation dengan well known brand. Bukan nak memalukan tapi I kecewa sangat,” katanya.
Kongsi wanita itu kepada BuzzKini, croissant itu dibeli pada 7 Mei lalu dengan harga RM22.
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Lontar Pandangan Sendiri, Ada Berpendapat Salah Pekerja
Video yang telah mendapat lebih 46,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat keadaan pastri yang dibeli oleh wanita itu.
Ada yang mempunyai pengalaman sama membeli makanan daripada premis itu yang kualitinya sebegitu rupa.
Namun, ada yang berpendapat kemungkinan pekerja di restoran tersebut yang tidak mengikut tatacara pengendalian piawaian (SOP) yang ditetapkan.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Pernah Kena Juga, Order Fish & Chip Dia, Fries Sejuk, Ikan Rasanya Dia Tak Defrost Terus Goreng, Tasteless, Dah La Harga Mahal”

“Saya Pun Tak Happy Tengok You Tak Happy”

“Mesti Pekerja Dia Tak Ikut SOP Ni”

“Saya Dulu Teringin Nak Makan Dekat Sana, Bila Dah Rasa Tu, Cuma Boleh Cakap Pertama & Terakhir”

“Saya Pun Pernah Kena Sis, Dine In Cafe Order Nyonya Laksa, Masa Makanan Sampai Pelik Tak Sama Dalam Menu, Rupanya Staf Tak Letak Kerang & Tauhu”

Baca Artikel Berkaitan: “Isi Angin” – Wanita Kecewa Beli Popia Harga RM6 Untuk 3 Biji Tapi Peniaga Kedekut Inti [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Beli RM12, Nampak Cantik Tapi..” – Lelaki Luah Rasa Tertipu, Beli Roti Inti Jem Hanya Di Tepi [Video]
Source:



![Wanita Nyaris Kemalangan Gara-gara Pemandu Harrier Tukar Laluan Secara Mengejut [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![“Bercium Padahal Bukan Suami Isteri” – PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)