
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, setiap negara pasti mempunyai pelbagai ragam pemandu yang dapat dilihat semasa berada di atas jalan raya.
Ada yang mematuhi undang-undang dengan memandu secara berhemah dan ada pula yang bersikap sebaliknya sehingga menyusahkan orang lain.
Di Malaysia, tidak dinafikan masih ada segelintir pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab yang enggan mematuhi peraturan jalan raya.
Tular kereta tukar laluan mengejut nyaris sebabkan kemalangan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) secara tiba-tiba menukar laluan dan hampir menyebabkan berlakunya kemalangan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok pemilik ‘dashcam’ (@nanaurzzz), kejadian berkenaan berlaku pada Selasa lalu (6 Mei) sekitar jam 4.16 petang di Lebuhraya Jalan Duta – Sungai Buloh.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan kereta jenis Toyota Harrier itu sedang bergerak di lorong kanan lebuh raya terbabit, manakala pemilik dashcam pula yang merupakan seorang pemandu wanita sedang memandu di lorong kiri.
Takut terlepas simpang, sanggup bahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain
Pemandu Harrier itu bagaimanapun secara tiba-tiba ‘memancung’ dari lorong kanan terus ke lorong kiri untuk melalui susur keluar ke arah Putrajaya, Petaling Jaya dan Lebuhraya Persekutuan.
Tindakan pantas pemandu wanita terbabit mengelak dengan memasuki laluan susur keluar itu menyebabkan kemalangan yang nyaris berlaku itu dapat dielak.
Menerusi rakaman dashcam pada bahagian belakang, kelihatan seorang penunggang motosikal yang berada di lorong kiri juga nyaris merempuh Harrier tersebut.
haihh taktahu nak kata apa. #dashcammalaysia #fyp #kualalumpur #dashcam
Netizen kecam, minta pemilik dashcam buat laporan polis
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu Harrier itu yang menukar laluan secara membabi buta tanpa melihat keadaan di sekelilingnya.
Kebanyakan orang meminta agar wanita terbabit membuat laporan berhubung kejadian itu dengan menunjukan bukti rakaman dashcam berkenaan.
Tidak kurang juga segelintir netizen yang berkongsi pengalaman yang hampir sama dilalui mereka membuktikan bahawa sikap pemandu yang suka menukar lorong secara melulu ini masih lagi banyak di negara ini.




Source:


![“Anak Lebih Patuh Arahan Guru”- Pelajar Menangis Kerana Ayah Ubah Skrip Pidato Buat Ramai Boleh Relate [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)


![“Tak Senang Makcik Nak Beli Nasi Tu”- Ramai Sebak Wanita Sedih Makanan Belum Habis Dimakan Kena Buang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)