“Bagi saya masa” – View Chin Mohon Maaf, Dedah Ramai ‘Seller’ Minta Pulangkan Duit

Entertainment
18 Apr 2023 • 10:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah menerima pelbagai kecaman daripada netizen akibat daripada pendedahan isterinya Shermine Hau mengenai kes kecurangan dengan staf bernama Mira, View Chin akhirnya telah membuat permohonan maaf.

Menerusi satu posting yang dikongsikan di Facebook, View Chin telah memohon maaf kerana berdiam diri selepas isu mengenainya tular tempoh hari.

image is not available

Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari Ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain difikiran anda.

“Saya akan bagi statment secepat mungkin bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang telah menimpa,” katanya.

“Rumah saya sudah kosong”

Influencer TikTok itu juga pada masa yang sama berkongsi keadaan rumahnya yang sudah kosong dan dirinya yang terpaksa berhadapan dengan ‘seller’ yang ingin wang mereka dikembalikan susulan isu curang yang viral.

Tambahnya, apa yang berlaku telah menjejaskan perniagaannya hingga kedai serta staf syarikatnya telah diganggu orang ramai.

Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari Ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat…

Posted by VIEW CHIN on Monday, April 17, 2023

 

Perkara ini menimpa sampaikan business saya langsung tak dapat dijalankan lagi, kedai saya dikacau oleh orang ramai, begitu juga dengan staff saya juga kena kacau oleh mereka berkenaan.

“Bagi saya masa untuk balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu, saya akan menjawab. Sekian dari saya VIEW CHIN,” tulisnya lagi.

“Sekelip mata hidup ko berubah”

Rata-rata netizen di ruang komen tidak menunjukkan rasa simpati buat influencer ini dan ramai berharap View Chin sedar akan kesalahan yang dia lakukan terhadap isterinya.

image is not available

Apa-apapun kita harap masalah mereka ini dapatlah diselesaikan dengan cara baik. Makin lama makin banyak pula yang terbongkar…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article