“Bagilah saya senang sikit” – Telatah Bibik Cuba Resipi Khairul Aming Buat Ramai Terhibur

Entertainment
30 Mar 2023 • 4:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Boleh dikatakan Khairul Aming ini ‘raja content masakan’ untuk bulan puasa ni, segala resipi yang dikongsikannya pasti akan menjadi ilham buat rakyat Malaysia untuk membuat juadah berbuka puasa termasuklah Sarah Suhaimi ini.

Semalam, Sarah ada meminta pembantu rumahnya untuk membuat resepi agar-agar buah yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya. Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah melihat reaksi bibiknya itu.

 

Nak pecah jantung dia buat resipi tembikai Khairul Aming ni

Dalam 2 video yang dimuat naik, video pertama menunjukkan Sarah meminta bibiknya untuk membuat resipi agar-agar buah itu, dia memberikan iPad sebagai panduan untuk bibiknya itu. Dilihat bibiknya agak buntu sambil berceloteh ketika menonton video tersebut.

Video yang telah meraih 1.2 juta jumlah tontonan dalam masa sehari ini membuatkan ramai netizen terhibur melihat bibik ini membebel sampaikan Khairul Aming pun terkena sekali.

Jika diperhatikan profil Sarah Suhaimi, dia banyak kongsikan kerenah bibiknya dan Sarah dilihat begitu suka usik bibiknya yang penyayang terhadap anak-anaknya itu.

Memandangkan video ini tular, ia telah mendapat perhatian tuan empunya badan sendiri, Khairul Aming.

image is not available

Dalam video kedua, bibiknya menyatakan bahawa dia rasa begitu gementar untuk mencuba resipi tersebut, malah bibiknya dilihat berusaha untuk cuba memotong tembikai tersebut sampai terpaksa panjat kerusi kerana saiznya yang begitu besar. Reaksi bibik apabila berjaya memotong tembikai itu membuatkan ramai terhibur.

Dalam masa 4 jam, video tersebut telah meraih lebih 111K jumlah tontonan, ramai netizen ingin melihat hasil kejadian resipi tersebut.

image is not available image is not available

Kata Sarah, dia akan muat naik video seterusnya untuk melihat hasilnya. So, sama-sama kita tunggu, hahaha min pulak excited!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.