“Bagus Tapi Bukan Untuk Semua Orang” – Wanita Ulas Konsep BNPL Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Personal FinanceLifestyle
17 Jun 2025 • 12:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kecanggihan teknologi pada masa kini harus diakui sememangnya memudahkan. Lihat sahajalah, pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian dapat diselesaikan dengan mudah dan lebih singkat.

Contohnya seperti urusan membeli belah yang kini boleh dibuat secara dalam talian. Lebih menarik, transaksi dan pembayaran juga boleh dilakukan menerusi platform yang sama.

Malah kini, orang ramai juga boleh memperolehi barang terlebih dahulu tanpa perlu membuat bayaran melalui konsep Buy Now Pay Later (BNPL) atau Beli Dulu, Bayar Kemudian yang sememangnya efektif dan banyak membantu.

Namun ada yang berpendapat kemudahan kewangan sebegini sebenarnya boleh menjerat pengguna lebih-lebih lagi jika ia digunakan dengan cara yang salah.

Ada Platform BNPL Kini Dah Tawarkan Kad Untuk Kemudahan Pengguna

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa risau mengenai kemajuan transaksi BNPL yang kini dilihat semakin mudah.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ringgitzz, wanita yang dikenali sebagai Mashitah meluahkan kerisauan khususnya terhadap belia yang mudah terjebak dengan BNPL.

Apatah lagi, Mashitah mendedahkan terdapat satu platform BNPL yang popular dalam kalangan pengguna kini telah menawarkan kad fizikal bagi memudahkan orang ramai untuk melakukan transaksi pembelian.

Dakwanya lagi, syarat yang dikenakan bagi mendapat kad fizikal tersebut amat mudah di mana seseorang indvidu itu hanya perlu mempunyai akaun platform berkenaan, kad pengenalan, berumur 18 tahun ke atas dan hanya perlu menghubungkan kad tersebut dengan kad debit yang lain.

Wanita Akui Kebaikan BNPL Namun Tidak Sesuai Digunakan Semua Orang Terutama Mereka Yang Boros

Jelas Mashitah yang sering berkongsi kandungan tentang kewangan, dia mengakui kebaikan BNPL sememangnya memudahkan.

Namun dia berpendapat, tidak semua orang boleh menggunakan kemudahan tersebut lebih-lebih lagi mereka yang boros berbelanja.

“BNPL memang bagus tapi masalahnya bukan untuk semua orang. Tak semua orang boleh guna BNPL dengan cara yang bagus.

“Kalau kau ni jenis yang boros, tengok sale je membeli, memang rosak hidup kau. Tapi kalau awak jenis bijak, pandai bezakan keperluan dan kehendak, itu tak jadi masalah,” jelasnya.

BNPL Bukan Jalan Pintas

Tegasnya lagi, konsep BNPL bukanlah jalan pintas sebagai penyelamat seseorang itu untuk berbelanja.

“Realiti hidup sekarang memang kehidupan semakin mahal tapi bukan jalan pintas untuk kau gunakan BNPL ini.

“Fikirlah sendiri sama ada awak nak guna BNPL sebagai penyelamat atau perangkap diri awak,” katanya.

@ringgitzz

Kalau pandang dua-dua side, ada pro n cons dia. Tapi tulah, macam nampak ke arah yang negatif je. What say you? #fyp #belia #hancur #bnpl #atome #buynowpaylater #financialliteracy #financialcrisis #financialeducation

♬ original sound – mashitahsedik – mashitahsedik

Tonton video penuh [DI SINI]

Pandangan Wanita Cetus Pelbagai Reaksi, Ada Setuju & Ada Yang Tidak

Perkongsian yang telah mendapat lebih 274,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila mendengar kenyataan wanita itu.

Ada yang merasakan BNPL merupakan satu kemudahan kepada pengguna apatah lagi jika individu terbabit membuat bayaran tepat pada masanya.

Malah, ada yang berpendapat konsep BNPL membantu mencantikkan aliran kewangan terutama bagi mereka yang mahu membuat pinjaman di kemudian hari.

Namun, ada juga segelintir individu yang bersetuju dengan kenyataan wanita terbabit dan menganggap BNPL sebagai satu jerat kewangan terutama jika ia digunakan dengan cara tidak sepatutnya.

5.1 Juta BNPL Dalam Kalangan Mereka Yang Berpendapatan Kurang RM5,000 Sebulan

Untuk info, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 11 Mac lalu mendedahkan seramai 5.1 juta pengguna aktif BNPL majoritinya dari mereka yang berusia linkungan 21 hingga 45 tahun serta mempunyai pendapatan kurang RM5,000 sebulan.

Malah, jumlah transaksi di bawah BNPL menunjukkan peningkatan ketara pada separuh kedua tahun 2024 menjadi RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion pada separuh pertama.

Tambah beliau lagi, kadar penggunaan transaksi ini semakin meningkat sekaligus menimbulkan rasa bimbang terhadap tahap keberhutangan isi rumah walaupun peningkatan transaksi masih terkawal.

“Setakat Disember 2024, pinjaman BNPL berjumlah RM2.8 bilion yang hanya merangkumi 0.2 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah di negara ini.

“Kadar jumlah BNPL yang tertunggak juga terkawal pada RM82.6 juta iaitu 2.9 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai kredit BNPL,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Pengguna BNPL Perlu Lalui Saringan

Sebagai info, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menguatkuasakan Akta Kredit Pengguna 2025 pada hujung tahun ini.

Usaha tersebut bertujuan bagi mengelakkan pengguna daripada melakukan pinjaman lebih daripada kemampuan sehingga hutang menjadi tidak terkawal.

Sehubungan itu, semua syarikat BNPL akan diwajibkan untuk berkongsi maklumat kredit pengguna bagi tujuan penilaian sebelum transaksi dilakukan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Bagi Saya Tiada Negatif BNPL Ini. Negatif Kalau Diri Sendiri Tak Control & Pantau Perbelanjaan Yang Dah Dibuat”

image is not available

“Sebenarnya Benda Ini Untuk Cantikkan Credit Financial Kita, Memudahkan Untuk Buat Loan Bagi Mereka Yang Pertama Kali Buat Loan Besar”

image is not available

“Guna Kad Kredit Boleh Dapat Cashback, Tapi Kena Disiplin Juga”

image is not available

“Tiada Siapa Paksa Berhutang, Platform Tu Bukan Letak Pisau Dekat Leher Pun”

image is not available

“Simple Je, Kalau Mampu, Guna. Kalau Gaji Cukup Makan Tak Perlu Hutang Lebih 10 Hingga 15% Dari Gaji, Tu Je”

image is not available

Source: