
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Harus diakui kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa kini sememangnya memudahkan kehidupan seharian.
Antara perubahan ketara yang dapat dilihat adalah transaksi pembelian atau urusan perbankan.
Jika dahulu, segala pembayaran khususnya pembelian barang hanya boleh dibuat menggunakan wang tunai atau cek bagi urusan perniagaan.
Kini dengan hanya menggunakan telefon, seseorang itu boleh membuat bayaran secara dalam talian atau menggunakan kod respon pantas (QR).
Walaupun teknologi sudah semakin canggih namun ada sahaja berita kurang enak tentang penipuan terutama dari segi bayaran oleh kebanyakan peniaga.
Pemandu Teksi Kecewa, Dakwa Sering Jadi Mangsa Penipuan Pelajar Universiti Kononnya Dah Buat Pembayaran
Baru-baru ini, kecoh di media sosial perkongsian seorang wanita mengenai seorang pemandu teksi yang kecewa dengan penipuan menggunakan QR.
Menerusi perkongsian di TikTok @dila_dilala, pemandu teksi yang digelar sebagai uncle meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir penumpangnya yang terdiri daripada pelajar universiti ketika wanita itu menaiki teksi milik warga emas berkenaan.
Dakwa warga emas berkenaan, dia sering ditipu oleh pelajar universiti kononnya telah membuat bayaran menggunakan kod QR namun hakikatnya tiada bayaran dibuat. Perkara itu diceritakan semula oleh wanita itu di TikTok miliknya.
Melalui perkongsian video berkenaan, kedengaran warga emas itu meluahkan perasaannya dalam bahasa Mandarin kepada wanita berkenaan.
“Kesian uncle ni, dia bercerita asyik kena scam dengan pelajar universiti, berlakon scan QR code tapi sebenarnya tak bayar pun,” katanya.
Warga Emas Tak Kisah Jika Pelajar Jujur Tiada Duit Bayar Tambang Tapi Kesal Dengan Sikap Pelajar Suka Menipu
Kongsi wanita itu lagi, pemandu teksi berkenaan sebenarnya tidak kisah sekiranya pelajar terlibat mengaku tidak mempunyai wang untuk membuat bayaran.
Namun apa yang dikesalkan olehnya adalah sikap segelintir pelajar universiti yang sanggup menipu walhal telah menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.
“Uncle tak kisah pun kalau jujur tak de duit nak bayar tambang. Berapa sangatlah uncle ni dapat dengan adanya penyedia perkhidmatan lain.
“Uncle kecewa kenapa orang yang belajar tinggi-tinggi sanggup menipu orang,” kongsi pengguna itu lagi.
Malah, pengguna itu turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh pemandu teksi berkenaan memandangkan mangsa adalah warga emas dan hasil pendapatannya tidaklah seberapa.
“Sedih sebab kesian tau orang tua cari duit nak makan sikit-sikit, kau boleh menipu, kakak pang (tampar) karang!” kata wanita itu lagi.
Jadilah orang yang bertanggungjawab, tolonglah jangan menipu orang yang tengah mencari rezeki. Kesian, aku dengar pun 痛心!Lagikan uncle ni yang merasa 🥹
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Simpati Dengan Nasib Pemandu Teksi, Ada Yang Turut Kongsi Kisah Sama
Perkongsian yang telah mendapat lebih 335,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap pemandu teksi berkenaan.
Malah, ada yang mempersoalkan tidakkah wujud rasa bersalah dalam diri segelintir pelajar terbabit apabila tergamak menipu orang tua.
Ada juga pengguna media sosial berkongsi pengalaman sendiri turut ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab menerusi bayaran QR.
Pada masa yang sama ada yang mencadangkan agar setiap peniaga membeli mesin pengesan bayaran QR bagi mengelakkan dari ditipu.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Bayaran QR Ini Wujud Sangat Memudahkan Lagi-Lagi Orang Cashless Macam Aku, Kenapalah Ada Yang Suka Ambil Kesempatan?”

“Jangan Cakap Pak Cik Teksi, Mak Cik Cafe Dekat Universiti Pun Menangis Depan Kitaorang Ramai Student Tipu Beli Makanan, RM600 Rugi Sehari”

“Semoga Orang Yang Menipu Ini Gagal Dalam Semua Peperiksaan Diorang”

“Selalu Jumpa Yang Acah-Acah Bayar Ni Tapi Bila Kita Tahu Dia Menipu, Dia Pula Buat Muka Macam Bersalah”

“Tak Rasa Bersalah Ke Menipu Bab Duit?”

“Macam Mana Diorang Sanggup Buat Macam Tu Ye? Berkat Bukan Setakat Dari Ibu Bapa Atau Pensyarah, Kadang-Kadang Dari Orang Sekeliling”

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kongsi Kisah Pelanggan Mengamuk Lepas Kantoi Menipu Konon Dah Bayar Makanan Guna QR [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “2 Hari Dia Tipu” – Pemilik Restoran Buat Report Polis, Dakwa Pelanggan Bayar Makanan Guna Resit Palsu [Video]
Source:

![Siap Mengajar Lagi! Pensyarah Di Luar Negara Fasih Berbahasa Melayu Seperti Orang Malaysia Buat Ramai Teruja [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)

