Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bahang Formula 1 semakin dirasai di Malaysia apabila Bahrain Grand Prix 2026 yang bakal berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) akan bermula pada 2 hingga 4 Oktober ini.
Sempena minggu perlumbaan, PUMA Malaysia turut membawa kemeriahan dunia permotoran buat warga ibu kota menerusi kempen We Own The Week, dengan menganjurkan House of Speed di Pavilion Kuala Lumpur.

Berlangsung dari 29 September hingga 4 Oktober di ruangan Center Court, House of Speed menampilkan pelbagai pengalaman dan aktiviti menarik berkaitan perlumbaan F1, prestasi, produk dan aktiviti interaktif untuk peminat.
Antara tarikan utama ialah simulator perlumbaan yang membolehkan pengunjung menguji kepantasan dalam memberikan respons ketika memandu sambil merasai pengalaman seakan-akan berada di atas litar.

Pengunjung juga boleh mencuba beberapa stesen cabaran yang disediakan dan berpeluang membawa pulang barangan eksklusif PUMA selepas melengkapkan cabaran.
Selain aktiviti interaktif, House of Speed turut menampilkan koleksi terbaharu berkaitan sukan permotoran dan prestasi PUMA, termasuk barangan berlesen rasmi (official merchandise) Scuderia Ferrari HP dan McLaren Mastercard F1 Team.
Antara merchadise yang ditampilkan adalah kasut dan baju rasmi pasukan.


View on Threads
Peminat yang membuat pembelian bernilai RM400 dan ke atas pula akan menerima hadiah eksklusif dengan pembelian sepanjang tempoh aktiviti berkenaan. Menarik bukan?
Buat anda yang tidak tahu, PUMA yang mempunyai akar umbi dalam dunia permotoran, kini bekerjasama dengan pasukan seperti Scuderia Ferrari HP dan McLaren Mastercard F1 Team bagi menghubungkan budaya perlumbaan dengan fesyen serta gaya hidup.
Jadi penganjuran House of Speed di Pavilion Kuala Lumpur memberi peluang kepada peminat Formula 1 dan peminat kereta untuk merasai sendiri pengalaman tentang kelajuan dan perlumbaan, selain mengikuti kemeriahan Bahrain Grand Prix yang kembali ke Malaysia buat kali pertama sejak 2017.
Sebagai info Bahrain Grand Prix 2026 akan berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober, selepas Malaysia dipilih sebagai lokasi bagi perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026.




