Baitulmal guna AI, blockchain tingkat sistem penyampaian

LocalTechnology
28 Jul 2026 • 2:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Baitulmal guna AI, blockchain tingkat sistem penyampaian

KUALA TERENGGANU – Institusi Baitulmal di seluruh negara akan diperkasakan menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI), rantaian digital (blockchain) dan teknologi digital lain bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kepada masyarakat.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, langkah itu selari dengan usaha menjadikan Baitulmal bukan sekadar berperanan dalam aspek pengagihan bantuan malah sebagai instrumen yang mampu menjana ekonomi serta pertumbuhan umat.

Beliau berkata, transformasi digital tersebut turut membolehkan sistem pengurusan Baitulmal diperkemas selain membuka ruang kepada penerokaan instrumen dan produk baharu yang lebih kompetitif.

“Baitulmal di seluruh negara sudah bergerak ke hadapan dengan mensinergikan teknologi digital, AI blockchain dan teknologi lain untuk memperkemas serta melancarkan lagi sistem penyampaian.

“Dalam masa sama, kita ingin meneroka instrumen baharu dan produk yang lebih kompetitif supaya dapat menawarkan solusi kepada masyarakat dalam konteks dunia hari ini,” katanya di sini hari imi.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan.

Zulkifli berkata, pendekatan baharu terbabif penting bagi memperluas peranan Baitulmal daripada konsep distributif iaitu pengagihan kepada konsep generatif yang mampu menjana ekonomi. – KOSMO! ONLINE

The post Baitulmal guna AI, blockchain tingkat sistem penyampaian appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved