BAJC: Malaysia melangkah ke separuh akhir

1 Jul 2024 • 4:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Faiq Masawi mencetus kebangkitan cemerlang untuk pasukan negara apabila menang menentang Pranay Shettigar 15-21, 21-18, 21-19 - Foto: FB BAM

MALAYSIA berjaya kembali ke separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) selepas melakukannya pada edisi 2018 setelah menewaskan India 3-2 pada peringkat suku akhir di Yogyakarta, Indonesia hari ini.

Pasukan negara memulakan kempen hari ini dengan kurang memberangsangkan apabila pasangan beregu campuran Kang Khai Xing-Aqilah Ramdan tumbang kepada Sanskar Saraswat-Shravani Walekar 16-21, 21-13, 17-21 dan seterusnya India melebarkan kelebihan mereka menerusi pemain perseorangan wanita Tanvi Sharm yang menewaskan Siti Zulaikha Azmi 21-15, 15-21, 22-20.

Bagaimanapun, pemain perseorangan lelaki Muhammad Faiq Masawi mencetus kebangkitan cemerlang untuk pasukan negara apabila menang menentang Pranay Shettigar 15-21, 21-18, 21-19 sebelum beregu wanita Ong Xin Yee-Carmen Ting menyamakan kedudukan untuk Malaysia dengan mengatasi Navya Kanderi-Shravani Walekar 21-16, 21-15.

Khai Xing, yang kembali ke gelanggang, kali ini berpasangan dengan Aaron Tai dalam kategori beregu lelaki menjadi wira Malaysia apabila mereka menewaskan Bhargav Ram Arigela-Arsh Mohammad 21-18, 21-10 untuk mengesahkan tempat di separuh akhir.

Malaysia akan menentang China selepas juara lapan kali itu menumbangkan Taiwan 3-0 awal hari ini.

Tahun lepas, skuad negara gagal melepasi peringkat suku akhir setelah tewas 0-3 kepada Thailand, juga di Yogyakarta.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam acara berpasukan campuran ialah pada 2018 apabila meraih gangsa pada kejohanan di Jakarta. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved